Thursday, 9 August 2012

: : 17 Ramadhan ~ Nuzul Al-Quran : :

A S S A L A M U A L A I K U M  kawan-kawan ina sekalian :D

Pagi 17 Ramadhan tu, ada kuliah subuh di surau berdekatan rumah aku. 
aku x pergi pon, juz dengar dari rumah je. HEHE ;-)


Sempena Nuzul Quran ni, Ustaz Kamal [ ustaz yg bg kuliah subuh tu laa ] cite gini..............


Pada suatu hari, ketika nabi Muhammad S.A.W. sedang menyebarkan dakwah di rumah AL-Arqam Abi Al-Arqam (Darul Al-Arqam), datanglah Saidina Umar R.A. ke Darul Al-Arqam . Saidina Umar datang ke sana dengan niat ingin menyakiti Muhammad, atas sebab khabarnya telah ramai umat yg mengikut Muhammad, yakni memeluk agama ISLAM.

Sebelum Umar R.A menyerbu pintu masuk Darul Al-Arqam, Umar terjumpa dengan seorang sahabat (yg aku x ingat namanya). Lalu sahabat bertanya Umar, "Kau datang sini buat apa?". Umar membalas "Aku ingin bunuh Muhammad, kerana ramai yg telah mengikut nya". Sahabat membalas lagi, "Kenapa kau ingin membunuhnya? Sedangkan adik kau, Fatimah dan suaminya, Said pun dah memeluk ISLAM. Daripada kau nak uruskan Muhammad, lebih baik kau pergi uruskan keluarga kau terlebih dahulu!"

Pada ketika itu, Umar berasa sangat marah! Umar terus bergegas ke rumah adiknya, Fatimah utk bertanya akan hal tersebut. Umar bertanya "Betulkah kau ikut Muhammad?". Fatimah menjawab "Kalau betul ajaran Muhammad ni benar, apa salahnya?". Umar tanya lagi "Adakah benar kau memeluk ISLAM??". Fatimah membalas "YA!". PANGGGG!! Satu tamparan hinggap di pipi Fatimah.


* Habis la cite part tu *


Bila mana Saidina Umar R.A. melihat lembaran ayat Al-Quran, yakni Surah Thoha (10 ayat pertama). HATI Umar tertunduk. Lalu Umar bertanya "Mana Muhammad?". Fatimah menjawab, "Nak buat apa jumpa Muhammad??" Lalu Umar membalas lagi, "Aku berjanji tidak akan berbuat jahat kepadanya". Fatimah berkata Kemungkinan besar Muhammad ada di Darul Al-Arqam".

Sesampainya Umar di hadapan pintu Darul Al-Arqam, di situ ada Saidina Hamzah. Hamzah bertanya "Kaun datang sebab nak gaduh ke datang sebab baik?". Maka Umar menjawab "Sebab baik". Tidak lama kemudian,,,,,,"Asyadu Alla Ilaha Illallah Wa Ashhadu Anna MuhammadarRasulullah". Maka ISLAMlah Umar.


Di sini nak tunjuk betapa HEBATnya ayat Al-Quran! Dapat melembutkan hati Umar untuk memeluk ISLAM. Juga ditakdirkan pada hari yg sama, bila mana pada mulanya Umar ingin membunuh, menyakiti Muhammad, akhirnya memeluk ISLAM.


* Hebatnya Al-Quran, daripada KUFUR boleh jadikan seseorang BERIMAN kepada ALLAH *


Mudah-mudahan kita sama-sama RAJIN membaca Al-Quran dan rajin memahami terjemahan Al-Quran...
agar kita dapat merasai Kehebatan Al-Quran.

Peringatan utk diriku juga, moga kita sama-sama amalkannya.

InsyaALLAH, aminn.... :)


















1 comment:

  1. ketahuilah ayat suci al-quran mammpu melembutkan hati yang keras walaupun hati itu sekeras batu. Allah berhak hendak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya

    ReplyDelete